Friday, October 11, 2013

Boleh ker bagi non-muslim daging Qurban?


Last week Syeikh Nuruddin datang ke Masjid saya (wahhhh ada masjid sendiri katanya kan... cam Tokti ngan Tok K plak kan ada masjid sendiri bagai... takder, masjid saya tu merujuk masjid kesayangan dekat rumah ni ha... Masjid Al Khairiyah Tmn Sri Gombak)

Alhamdulillah… banyaknya persoalan bermain di minda terjawab. Tentang Qurban, tentang perbezaan mazhab... ah, macam2! tapi tiap kali beliau berbicara, tak sempat nak menyalin sebab penyampaian beliau dalam lebih kpd bentuk cerita. tu susah untuk dicatat ke dalam nota. lebih seronok mendengar dan terus benam dalam otak.

Ada ilmu saya boleh share tapi ada ilmu tak boleh share sebab atas kejahilan saya dlm menyampaikan. Kita fhm tapi nak sampaikan tu yg masalah. Sebab? akan ada soalan susulan yg sukar bagi kita yg jahil ni nak jawab balik.

Tapi saya perasan satu la, tiap kali ceramahnya, beliau sentiasa tekankan pasal solat di awal waktu. Katanya: peraturan manusia like waktu masuk office kita boleh ikut, tapi panggilan Ilahi yg 5 waktu kita lengahkan. Lagi satu kepantangan beliau adalah main handphone dlm masjid. Dalam majlis ilmu tak bolehkah biarkan seketika sms tak terjawab… check facebook. eh, skrg org tulis nota di hp... ;)


sebab next week dah nak raya Qurban, saya nak share satu ilmu daripada ceramah beliau;

BOLEH KAH BAGI DAGING QURBAN KEPADA NON-MUSLIM?

ok, let say kita qurban 1 bahagian. dlm 1 bahagian tu ada 3 bahagian lagi.


  • 1/3 dari bahagian qurban  kita adalah untuk sedekah. wajib bagi kpd faqir miskin
  • 1/3 dari bahagian qurban adalah untuk hadiah. maksudnya org kaya pun boleh... juga boleh bagi pada org lain yg turut berqurban. cthnya, jiran kita pun berqurban jugak, tapi kita still boleh bagi daging qurban bahagian kita tu kat dia.
  • 1/3 dari bahagian lagi ni adalah untuk diri sendiri. nak masa k ker... nak simpan ker... semua boleh. yang bahagian kita inilah yang boleh diberi pada non-muslim samada dlm bentuk makanan atau daging.
wallahuallam...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: 
"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."





2 comments:

  1. Salam ina...tq for info yg sgt berguna...sumpah selama ini yg akak tahu..hukum bg daging qurban pd non muslim HARAM...rupanya.....tq again...teruskan share ilmu kat sini...

    ReplyDelete
  2. Thanx ina share info ni..masa study kat uk jadi perbalahan juga pasal ni...tapi bila ilmu x cukup n masing2 x nak bertanya pada yg arif.....terus ckp x bleh jemput non muslim....

    ReplyDelete