Wednesday, November 5, 2014

Bahagia



Bahagia bermula di hati.
Ditakdirkan kahwin bahagia. Ditakdirkan tidak kahwin juga bahagia.
Ditakdirkan ada anak bahagia. Tiada anak juga bahagia.
Semasa duit banyak bahagia. Kurang duit juga bahagia.
Dapat kemuliaan bahagia. Hilang kemuliaan dunia juga bahagia.
Bahagia dari Allah.

Kita lalui hidup ini, pelbagai keadaan kita lalui.
Dalam melaluinya seseorang itu Taat Allah dan bawa sunnah Nabi saw pasti dia benar-benar bahagia.

Tiada siapa boleh beri bahagia melainkan Allah.
Seorang paling kaya dan berkuasa pun tidak akan bahagia melainkan Allah berikannya bahagia.

Hanya Allah boleh beri bahagia. 
Bahagia dalam mengenal Allah.

Ramai orang tunggu dapat apa yang dia nak semuanya baru bahagia katanya.
Akhirnya masa berlalu,
Allah tunjukkan orang yang memiliki semuanya tapi mereka tidak rasa bahagia walaupun sedikit. 
Kerana Allah simpan bahagia bila kembali padanya dengan sebenarnya.


#dari pena Ustaz Ebit Liew



Hanya Allah boleh beri bahagia...
Bahagia bila kembali padanya dengan sebenarnya...

5 comments:

  1. betul tu! setuju sangat.. bahagia semuanya milik Allah. so bersyukurlah apa yg DIA bagi :)

    ReplyDelete
  2. Org yg sentiasa bersyukur atas nikmat Allah itu yg akan rasa bahagia..

    ReplyDelete
  3. perkataan2 yg cantik... syukur atas nikmat Nya

    ReplyDelete
  4. setuju kak, bahagia yang paling nikmat apabila kita dpt bersyukur menadah tangan kepada Pencipta Kita.

    ReplyDelete